Monday, May 6, 2013

KETRAMPILAN MEMBACA












DEFINISI MEMBACA
            Menurut Meithy Djiwatampu (2008), definisi membaca bergantung kepada tingkat kemampuan baca dan tujuan membaca. Sebagai contoh, definisi membaca untuk pelajar yang baru belajar (kanak-kanak) ialah membaca harus meliputi aspek pengenalan huruf, mengeja, pemahaman erti kata dan pemahaman mengenai informasi yang tertera dalam bacaan (pemahaman literal). Apabila kemampuan makna sudah matang, maka definisi membaca pula dapat diperluaskan lagi iaitu mencakupi aspek penafsiran dan penelitian kritis terhadap bahan bacaan.
            Membaca juga dapat didefinisikan sebagai  satu tindakan kompleks yang melibatkan serangkaian proses mental.
            Menurut Anderson dan Pearson (1984) pula, membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca (Mahzan Arshad, 2008). Selain itu, membaca juga merupakan proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca.
            Bukan itu sahaja, membaca juga merupakan gabungan beberapa proses yang kompleks iaitu, proses mengamati, mengingat, mendengar dan membezakan bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem kognitif untuk diterjemahkan dan difahamkan (Zulkifley Hamid, 2006).

TEORI MEMBACA

Manusia telah mula menguasai kemahiran membaca sejak beberapa abad yang lalu namun masih tidak banyak pengetahuan berkenaan proses membaca. Namun demikian pada sekitar awal abad ke-20 telah mula wujud penemuan pelbagai teori berkaitan membaca khususnya daripada bidang pendidikan. Berikut merupakan antara teori membaca yang ditemui.

Teori Ahli Sains Kognitif
ü  Sains kognitif ialah kajian berkaitan minda dan kecerdikan manusia.
ü  Kajian minda ini merangkumi bidang falsafah, psikologi, kepintaran artificial, sains saraf, linguistik dan antropologi.
ü  Semua bidang ini digabungkan bagi memahami bagaimana manusia memperoleh kecerdikan menerusi fungsi otak.

1.      Proses Mengenal Simbol
*      Pancaindera penglihatan adalah penting salam proses mengenal huruf sebagai simbol ketika aktiviti membaca dijalankan.
*      Penulis mempunyai idea, maklumat, pesanan atau pengajaran yang ingin disampaikan menerusi simbol bertulis
*      Idea ini ditukarkan kepada bentuk simbol huruf atau dikenali sebagai proses mengenkod.

Penghantaran Simbol
Simbol dalam bentuk huruf akan dicatat pada permukaan bertulis dan dihantar kepada pembaca, sama ada dalam bentuk kertas bercetak atau paparan elektronik. Tugas pembaca ialah menerima kod-kod tersebut dan cuba memecahkan kod-kod tersebut dalam bentuk bahasa yang difahami iaitu proses ini dikenali sebagai ‘mendekod’. Tindakan ini adalah asas atau landasan pertama dalam proses memahami apa yang ingin disampaikan penulis.

2.      Proses Memecahkan Kod
*      Proses ini berlaku apabila pembaca dapat mengenal pasti jenis simbol yang dicatat pada permukaan bertulis, sama ada bentuk huruf, format penulisan, dan bahasa yang digunakan.
*      Sekiranya pembaca tidak dapat memecah kod ini, maka aktiviti membaca akan terhenti dan pembaca tidak dapat meneruskan langkah seterusnya.

Langkah Memahami
Pembaca akan memahami berdasarkan latar belakang atau pengalaman yang dimiliki dalam hidupnya iaitu semakin tingi pengetahuan atau kemahiran semakin banyak interpretasi bahan yang dapat dilakukan. Setelah berjaya memecahkan kod atau mendekod permukaan bertulis, pembaca akan cuba untuk menghubungkan apa yang terdapat dalam pengalaman latarnya dengan bahan yang dibacanya. Pembaca akan lebih memahami teks sekiranya kandungan teks tersebut dapat dikaitkan dengan pengalaman latarnya.
  
3.      Proses Transisi
*      Proses transisi antara pemikiran penulis dengan pemikiran pembaca (Rosenblatt, 1978)
*      Penulis tidak menetapkan makna bagi bahan yang dihasilkan, tetapi meletakkan tanggungjawab mencari makna kepada pembaca.
*      Oleh itu terpulang kepada pembaca untuk membuat tafsiran terhadap bacaannya.

Interaksi Antara Penulis Dengan Pembaca
Pembaca membaca dengan pelbagai tujuan dan fungsi. Pembaca yang aktif ialah pembaca yang dapat memberikan respons kepada bahan yang dihasilkan penulis berdasarkan keperluan pembaca. Rosenblatt telah memperkenalkan konsep eferen dan estetik dalam membaca iaitu konsep ini penting bagi menentukan fungsi membaca.


Teori Proses Membaca
ü  Terdapat pelbagai proses yang digunakan untuk membaca bahan-bahan rujukan.

1.      Bottom Up
*   Proses ini memerlukan pembaca membaca bahan bacaan daripada bawah ke atas iaitu dengan melihat kesimpulan dahulu seterusnya melihat isi dan makna teks secara keseluruhan.
*   Tujuannya untuk mengetahui kandungan secara keseluruhan kemudian melihat kandungan secara terperinci.

2.      Top Down
*      Proses ini melibatkan pembacaan daripada atas ke bawah iaitu melihat kepada pendahuluan, isi dan seterusnya kesimpulan. Proses ini sangat sesuai dalam pembacaan bahan-bahan ringan seperti novel, atau pembacaan buku-buku ringan yang lain.
*      Proses ini lebih tersusun dari sudut pembacaannya.

3.      Interaktif
*      Proses ini memerlukan nafigasi, kawalan media dan sistem pencarian sistematik.
*      Proses kawalan yang digunakan secara interaktif antara pembaca dengan bahan bacaan iaitu dengan memfokuskan kepada satu perkara sahaja seperti jurnal.

4.      Transasional
*      Proses membaca transaksi antara pembaca dengan bahan bacaan iaitu digunakan oleh pembaca untuk memahami, meneliti dan mengaplikasikan daripada bahan bacaan kepada pelaksanaannya.
*      Proses ini banyak digunakan oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran contohnya tindakan murid membaca dan menulis semula.

BELAJAR MEMBACA

1)      Membaca bebas
-          Melalui pendekatan ini, pelajar akan membaca keseluruhan bahan yang mereka pilih. Aktiviti membaca diadakan di dalam bilik darjah dan dikawal oleh guru seberapa minimum yang boleh.
-          Kaedah ini digunakan oleh pelajar yang mempunyai kebolehan membaca yang baik serta tidak memerlukan bantuan daripada guru dan rakan sebaya yang lain.
-          Perkara yang paling penting dalam kaedah ini adalah guru perlu memberikan arahan awal kepada pelajar supaya mereka membuat persediaan sebelum mula membaca seperti menyediakan soalan-soalan sebelum, ketika dan sesudah membaca.

2)       Membaca secara berkoperatif
-          Pelajar secara berpasangan sama ada dua atau tiga mengambil giliran untuk membaca sebahagian daripada bahan secara lantang kepada rakan dalam kumpulan tersebut dan berhenti seketika untuk membincangkan apa yang telah mereka baca. Kaedah ini diteruskan sehingga buku atau petikan tersebut selesai dibaca.

-          Kaedah ini digunakan untuk pelajar yang memerlukan sedikit bantuan daripada rakan sebaya dan untuk mereka yang tidak mampu membaca keseluruhan buku atau teks yang dipilih. Berikut merupakan beberapa garis panduan untuk mengajar membaca secara berkoperatif.

·         Meninjau dan menaakul
Pelajar akan dibiarkan meninjau keseluruhan teks dan menyemak ilustrasi atau gambar sekiranya ada. Guru akan mengarahkan pelajar membaca di bahagian awal teks dan membiarkan mereka menaakul apa yang akan berlaku dan apa yang akan mereka pelajari daripada bahan yang dipilih.

·         Membaca lantang atau senyap.
(a)   Membaca lantang
(i)     Semak bahan secara senyap sebelum memulakan bacaan lantang.
(ii)   Seorang pelajar akan dipilih untuk membaca lantang di bahagian awal teks manakala pelajar lain mengikut secara beramai-ramai.
(iii)  Apabila pelajar berhenti mereka akan berbincang tentang perkara yang telah di baca.
(iv)  Pelajar membuat telahan tentang apa yang akan berlaku dan apa yang akan dipelajari pada bahagian lain.

(b)   Membaca senyap
(i)     Pelajar akan membaca bahagian yang sama secara senyap dan telahan perlu dibuat ketika membaca senyap.
(ii)   Kemudian pelajar akan berbincang, bertindak balas dan menyemak telahan. Apabila pelajar berhenti membaca, mereka akan menceritakan semula dan meringkaskan apa yang telah mereka baca. Mereka juga turut menyatakan perasaan mereka terhadap apa yang telah mereka baca. Mereka juga boleh menyatakan sama ada mereka perlu mengekalkan atau mengubah keseluruhan telahan yang telah mereka buat.
(iii)  Pelajar akan membuat telahan tentang apa yang akan mereka fikirkan seterusnya. Kemudian mereka akan meneruskan pembacaan secara senyap. Pola ini akan berterusan sehingga bahan tersebut selesai dibaca. 
·         Meringkaskan dan bertindak balas
Setelah selesai membaca keseluruhan bahan, pelajar akan membuat ringkasan. Mereka akan membincangkan tentang pandangan mereka tentang bahan tersebut dan menentukan apa yang perlu dilakukan terhadap bahan tersebut seperti membuat peta minda dan sebagainya.

Dalam menggunakan kaedah membaca berkoperatif, pelajar perlu mengambil giliran membaca sesuatu ayat, paragraf atau muka surat. Sekiranya pelajar tidak bersedia untuk membaca bahan tersebut, teruskan giliran pada rakan yang lain.

3)      Membaca dengan panduan guru
Kaedah ini memerlukan guru memberikan panduan atau mengarahkan pelajar membaca secara senyap terhadap sesuatu bahan dan seterusnya bertanya soalan atau membantu mereka membina soalan-soalan ketika mereka membaca bahan bacaan yang telah ditetapkan. Melalui kaedah ini, pada setiap berhenti membaca, guru akan menggalakkan pelajar mengemukakan pendapat mereka tentang topik yang sedang dibaca. Kaedah ini digunakan apabila pelajar memerlukan sokongan dalam membina makna terhadap bahan bacaan disebabkan kesukaran bahan ataupun kemampuan pelajar yang rendah. Kaedah ini amat berguna dalam mendidik pelajar membaca. Guru akan memberikan sokongan pada peringkat awal bacaan dan mengurangkan sedikit demi sedikit bagi membenarkan pelajar membaca secara bersendirian.

4)      Berkongsi membaca
Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar yang mahir membaca menjadi model kepada pelajar yang kurang mahir. Pelajar yang kurang mahir ini akan mengikuti pelajar yang mahir membaca secara sukarela dan kemudian mereka akan berjaya menguasai kemahiran tersebut sehinggalah mencapai tahap membaca bebas dan tidak memerlukan sokongan tersebut.

5)      Membaca lantang
Membaca lantang dapat membantu kanak-kanak memahami sesuatu bahan bacaan. Kaedah ini dapat membantu mengerakkan pengalaman latar pelajar dan membina istilah latar serta konsep yang terdapat dalam bahan. Cara membaca begini sesuai untuk bahan yang mengandungi banyak istilah atau konsep yang sukar dimengerti oleh pelajar. Setelah guru membaca bahan dengan lantang, pelajar perlu ikut membaca di bawah seliaan guru secara berkoperatif atau secara bebas.
MASALAH MEMBACA
Masalah membaca mempunyai dua faktor iaitu faktor fizikal yang terbahagi kepada empat bahagian iaitu penglihatan, persepsi penglihatan, pendengaran dan pertuturan. Manakala faktor neurologikal pula terbahagi kepada lima bahagian iaitu kerosakan otak neurologi tidak berfungsi, faktor keturunan, faktor emosi dan faktor sosioekonomi.
Faktor fizikal
         i.            Penglihatan
Terdapat beberapa symptom yang menyebabkan berlakunya masalah membaca kepada seseorang iaitu juling yang menggunakan kedua-dua biji mata kea rah yang sama. Keadaan ini mengakibatkan imej bagi satu benda yang sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuknya.selain itu, rabun dekat menyebabkan seseorang tidak dapat melihat pada jarak yang jauh manakala rabun jauh pula tidak dapat melihat bagi jarak yang dekat. Astigmatism merupakan penglihatan yang kabur diakibatkan kurang focus cahaya pada salah satu atau kedua-dua hujung retina manakala amblyopiks pula satu keadaan imej daripada salah satu biji mata tidak sampai ke otak. Symptom tersebut menyebabkan masalah kepada kanak-kanak untuk menggunakan penglihatan pada peringkat awal dalam kemahairan membaca.
       ii.            Persepsi penglihatan
Pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru akan menyebabkan kesukaran untuk membaca. Sebahagian daripada simptomnya ialah perkataan kelihatn seolah-olah satu percampuran huruf yng tidak bermakna seperti musik menjadi msuki. Selain itu, huruf atau perkataan menjadi terbalik seperti contoh b menjadi d, atau perkataan bas menjadi das.
      iii.            Pendengaran
Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah untuk belajar membaca. Mereka yang mempunyai masalah pendengaran akan menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan, contohnya, kanak-kanak ini tidak dapat membezakan antara vokal a dengan vokal e.
      iv.            Pertuturan
Pelajar yang mempunyai masalah pertuturan ialah masalah emosi, kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhankerongkong yang tidak lengkap, sumbing dan kecedaraan otak.
Faktor Neurologikal
i.           Kerosakan otak
Kerosakan otak boleh disebabkan oleh kecederaan, penyakit atau kesan bahan toksid yang mencemar otak. Keadaan ini boleh menyebabkan perubahan yang luar biasa.
ii.         Neurologi tidak berfungsi
Bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang tertutup sebahagian sejak dilahirkan. Hal ini boleh menyebabkan seseorang itu lambat dalam perkembangan bahasa dan akal. Symptom ini juga menyebabkan masalah tidak keupayaan membaca dan pembelajaran yang serius.
iii.       Faktor keturunan
Faktor keturunan merupakan salah satu pengaruh dalam kemampuan untuk belajar. Selain itu, terdapat kajian yang mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan latar belakang keluarga sama ada lemah atau lancar.  
iv.       Faktor emosi
Kegagalan membaca akan mempengaruhi emosi pelajar seperti rendah diri, terasing, tidak bermotivasi, kecewa dan malas. Masalah emosi juga menganggu dalam pencapaian dalam pelajaran dan kemahiran membaca.
v.         Faktor sosioekonomi
Perbezaan kedudukan sosioekonomi mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada tinggi atau rendah. Masalah membaca perlu dikesan pada peringkat awal supaya membantu pelajar agar tidak tercicir dalam sistem pendidikan.

PEMILIHAN BAHAN BACAAN
ü  Keadaan sesuatu teks sangat penting untuk menentukan keupayaan murid untuk memahami sesuatu bahan bacaan.
ü  Secara ringkas, dapat dikatakan bahawa faktor kebolehbacaan merupakan faktor utama yang ada pada bahan bacaan.
ü  Berikut antara faktor-faktor yang perlu kita perlu lihat dalam pemilihan bacaan.

1.      Perbendaharaan Kata
*      Makna perkataan atau semantik merupakan satu faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menentukan susah senangnya teks yang dibaca kerana ia mempengaruhi kefahaman pembacaan.
*      Kebolehan perbendaharaan kata mampu membezakan seorang pembaca yang baik atau lemah.

Kriteria yang menjadi petunjuk susah senang sesuatu perkataan:

Kebiasaan
Teks yang mengandungi perkataan yang sering digunakan memudahkan pembaca untuk memahami. Sekiranya perkataan yang digunakan adalah perkataan asing akan menyebabkan murid mengambil masa yang lama untuk proses mengecam perkataan.
Keabstrakan
Perkataan  yang maknanya mempunyai rujukan konkrit lebih senang difahami berbanding dengan perkataan yang  maknanya bersifat abstrak. Sebagai contoh antara bunga dengan kasih sayang.
Panjang Pendek Perkataan
Perkataan yang pendek lebih mudah difahami daripada perkataan yang panjang. Pemberian makna kata dasar juga lebih mudah dari kata terbitan. Sebagai contoh satu dengan kesatuan.
Jenis-Jenis Perkataan
Perkataan konotatif yang mempunyai makna yang pelbagai sukar difahami berbanding perkataan denotatif.


2.      Panjang Pendek Ayat
*      Teks yang mengandungi ayat yang panjang atau ayat kompleks lebih sukar difahami.
*      Kepanjangan sesuatu menyukarkan murid untuk mendapatkan idea atau isi di dalam ayat.
*      Sebaliknya ayat yang pendek dan mudah adalah lebih senang dikenal pasti ideanya.

3.      Isi Kandungan Bahan
*      Isi kandungan teks mempengaruhi ingatan terhadap teks.
*      Sekiranya murid gagal untuk menghubungi isi kandungan maka ia akan mengalami masalah dalam pembacaannya.
*      Sekiranya teks padat dengan maklumat-maklumat baru ia akan menyukarkan murid untuk memahami kerana jika terlalu banyak maklumat baru murid tidak dapat membuat perkaitan dengan pengalaman dengan berkesan.
*      Unsur perdebatan di dalam isi kandungan juga akan menyukarkan murid untuk mengingati teks.
*      Penyampaian maklumat secara implisit juga lebih sukar difahami berbanding eksplisit.

4.      Struktur Cerita
*      Pembacaan ke atas tek cerita berbentuk naratif adalah lebih mudah difahami seperti cerita-cerita penglipur lara kerana pembaca dapat mengandaikan jalan cerita seterusnya.
*      Berbeza dengan teks yang menceritakan tajuk atau isi dalam bentuk perincian iaitu fakta demi fakta seperti yang didapati dalam penulisan berbentuk ekspositori adalah lebih sukar difahami.
*      Hal ini demikian kerana penulisan ekspositori sukar dihuraikan atau dikesan kerana perkaitan di antara bahagian-bahagian adalah lebih beragam daripada teks naratif.
*      Variasi daripada segi struktur cerita mempunyai kesan yang jelas kepada pembaca.
*      Kegagalan pembaca untuk memahami struktur cerita sesuatu bahan akan menjejaskan kefahaman pembacaan.

5.      Penggunaan Dan Organisasi Bahan-Bahan Grafik
*      Penggunaan bahan-bahan grafik seperti carta, gambar, graf, jadual dan gambar rajah dapat membantu kefahaman pembacaan.
*      Penempatan sesuatu bahan grafik amat penting untuk memudahkan murid untuk fahami bahan bacaan.