Monday, May 6, 2013


TEORI MEMBACA

Manusia telah mula menguasai kemahiran membaca sejak beberapa abad yang lalu namun masih tidak banyak pengetahuan berkenaan proses membaca. Namun demikian pada sekitar awal abad ke-20 telah mula wujud penemuan pelbagai teori berkaitan membaca khususnya daripada bidang pendidikan. Berikut merupakan antara teori membaca yang ditemui.

Teori Ahli Sains Kognitif
ü  Sains kognitif ialah kajian berkaitan minda dan kecerdikan manusia.
ü  Kajian minda ini merangkumi bidang falsafah, psikologi, kepintaran artificial, sains saraf, linguistik dan antropologi.
ü  Semua bidang ini digabungkan bagi memahami bagaimana manusia memperoleh kecerdikan menerusi fungsi otak.

1.      Proses Mengenal Simbol
*      Pancaindera penglihatan adalah penting salam proses mengenal huruf sebagai simbol ketika aktiviti membaca dijalankan.
*      Penulis mempunyai idea, maklumat, pesanan atau pengajaran yang ingin disampaikan menerusi simbol bertulis
*      Idea ini ditukarkan kepada bentuk simbol huruf atau dikenali sebagai proses mengenkod.

Penghantaran Simbol
Simbol dalam bentuk huruf akan dicatat pada permukaan bertulis dan dihantar kepada pembaca, sama ada dalam bentuk kertas bercetak atau paparan elektronik. Tugas pembaca ialah menerima kod-kod tersebut dan cuba memecahkan kod-kod tersebut dalam bentuk bahasa yang difahami iaitu proses ini dikenali sebagai ‘mendekod’. Tindakan ini adalah asas atau landasan pertama dalam proses memahami apa yang ingin disampaikan penulis.

2.      Proses Memecahkan Kod
*      Proses ini berlaku apabila pembaca dapat mengenal pasti jenis simbol yang dicatat pada permukaan bertulis, sama ada bentuk huruf, format penulisan, dan bahasa yang digunakan.
*      Sekiranya pembaca tidak dapat memecah kod ini, maka aktiviti membaca akan terhenti dan pembaca tidak dapat meneruskan langkah seterusnya.

Langkah Memahami
Pembaca akan memahami berdasarkan latar belakang atau pengalaman yang dimiliki dalam hidupnya iaitu semakin tingi pengetahuan atau kemahiran semakin banyak interpretasi bahan yang dapat dilakukan. Setelah berjaya memecahkan kod atau mendekod permukaan bertulis, pembaca akan cuba untuk menghubungkan apa yang terdapat dalam pengalaman latarnya dengan bahan yang dibacanya. Pembaca akan lebih memahami teks sekiranya kandungan teks tersebut dapat dikaitkan dengan pengalaman latarnya.
  
3.      Proses Transisi
*      Proses transisi antara pemikiran penulis dengan pemikiran pembaca (Rosenblatt, 1978)
*      Penulis tidak menetapkan makna bagi bahan yang dihasilkan, tetapi meletakkan tanggungjawab mencari makna kepada pembaca.
*      Oleh itu terpulang kepada pembaca untuk membuat tafsiran terhadap bacaannya.

Interaksi Antara Penulis Dengan Pembaca
Pembaca membaca dengan pelbagai tujuan dan fungsi. Pembaca yang aktif ialah pembaca yang dapat memberikan respons kepada bahan yang dihasilkan penulis berdasarkan keperluan pembaca. Rosenblatt telah memperkenalkan konsep eferen dan estetik dalam membaca iaitu konsep ini penting bagi menentukan fungsi membaca.


Teori Proses Membaca
ü  Terdapat pelbagai proses yang digunakan untuk membaca bahan-bahan rujukan.

1.      Bottom Up
*   Proses ini memerlukan pembaca membaca bahan bacaan daripada bawah ke atas iaitu dengan melihat kesimpulan dahulu seterusnya melihat isi dan makna teks secara keseluruhan.
*   Tujuannya untuk mengetahui kandungan secara keseluruhan kemudian melihat kandungan secara terperinci.

2.      Top Down
*      Proses ini melibatkan pembacaan daripada atas ke bawah iaitu melihat kepada pendahuluan, isi dan seterusnya kesimpulan. Proses ini sangat sesuai dalam pembacaan bahan-bahan ringan seperti novel, atau pembacaan buku-buku ringan yang lain.
*      Proses ini lebih tersusun dari sudut pembacaannya.

3.      Interaktif
*      Proses ini memerlukan nafigasi, kawalan media dan sistem pencarian sistematik.
*      Proses kawalan yang digunakan secara interaktif antara pembaca dengan bahan bacaan iaitu dengan memfokuskan kepada satu perkara sahaja seperti jurnal.

4.      Transasional
*      Proses membaca transaksi antara pembaca dengan bahan bacaan iaitu digunakan oleh pembaca untuk memahami, meneliti dan mengaplikasikan daripada bahan bacaan kepada pelaksanaannya.
*      Proses ini banyak digunakan oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran contohnya tindakan murid membaca dan menulis semula.

0 comments :

Post a Comment