PEMILIHAN BAHAN BACAAN
ü Keadaan sesuatu teks sangat penting untuk menentukan keupayaan murid untuk memahami sesuatu bahan bacaan.
ü Secara ringkas, dapat dikatakan bahawa faktor kebolehbacaan merupakan faktor utama yang ada pada bahan bacaan.
ü Berikut antara faktor-faktor yang perlu kita perlu lihat dalam pemilihan bacaan.
1. Perbendaharaan Kata
Makna perkataan atau semantik merupakan satu faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menentukan susah senangnya teks yang dibaca kerana ia mempengaruhi kefahaman pembacaan.
Kebolehan perbendaharaan kata mampu membezakan seorang pembaca yang baik atau lemah.
Kriteria yang menjadi petunjuk susah senang sesuatu perkataan:
Kebiasaan
|
Teks yang mengandungi perkataan yang sering digunakan memudahkan pembaca untuk memahami. Sekiranya perkataan yang digunakan adalah perkataan asing akan menyebabkan murid mengambil masa yang lama untuk proses mengecam perkataan.
|
Keabstrakan
|
Perkataan yang maknanya mempunyai rujukan konkrit lebih senang difahami berbanding dengan perkataan yang maknanya bersifat abstrak. Sebagai contoh antara bunga dengan kasih sayang.
|
Panjang Pendek Perkataan
|
Perkataan yang pendek lebih mudah difahami daripada perkataan yang panjang. Pemberian makna kata dasar juga lebih mudah dari kata terbitan. Sebagai contoh satu dengan kesatuan.
|
Jenis-Jenis Perkataan
|
Perkataan konotatif yang mempunyai makna yang pelbagai sukar difahami berbanding perkataan denotatif.
|
2. Panjang Pendek Ayat
Teks yang mengandungi ayat yang panjang atau ayat kompleks lebih sukar difahami.
Kepanjangan sesuatu menyukarkan murid untuk mendapatkan idea atau isi di dalam ayat.
Sebaliknya ayat yang pendek dan mudah adalah lebih senang dikenal pasti ideanya.
3. Isi Kandungan Bahan
Isi kandungan teks mempengaruhi ingatan terhadap teks.
Sekiranya murid gagal untuk menghubungi isi kandungan maka ia akan mengalami masalah dalam pembacaannya.
Sekiranya teks padat dengan maklumat-maklumat baru ia akan menyukarkan murid untuk memahami kerana jika terlalu banyak maklumat baru murid tidak dapat membuat perkaitan dengan pengalaman dengan berkesan.
Unsur perdebatan di dalam isi kandungan juga akan menyukarkan murid untuk mengingati teks.
Penyampaian maklumat secara implisit juga lebih sukar difahami berbanding eksplisit.
4. Struktur Cerita
Pembacaan ke atas tek cerita berbentuk naratif adalah lebih mudah difahami seperti cerita-cerita penglipur lara kerana pembaca dapat mengandaikan jalan cerita seterusnya.
Berbeza dengan teks yang menceritakan tajuk atau isi dalam bentuk perincian iaitu fakta demi fakta seperti yang didapati dalam penulisan berbentuk ekspositori adalah lebih sukar difahami.
Hal ini demikian kerana penulisan ekspositori sukar dihuraikan atau dikesan kerana perkaitan di antara bahagian-bahagian adalah lebih beragam daripada teks naratif.
Variasi daripada segi struktur cerita mempunyai kesan yang jelas kepada pembaca.
Kegagalan pembaca untuk memahami struktur cerita sesuatu bahan akan menjejaskan kefahaman pembacaan.
5. Penggunaan Dan Organisasi Bahan-Bahan Grafik
Penggunaan bahan-bahan grafik seperti carta, gambar, graf, jadual dan gambar rajah dapat membantu kefahaman pembacaan.
Penempatan sesuatu bahan grafik amat penting untuk memudahkan murid untuk fahami bahan bacaan.
0 comments :
Post a Comment