Monday, May 6, 2013

KETRAMPILAN MEMBACA












DEFINISI MEMBACA
            Menurut Meithy Djiwatampu (2008), definisi membaca bergantung kepada tingkat kemampuan baca dan tujuan membaca. Sebagai contoh, definisi membaca untuk pelajar yang baru belajar (kanak-kanak) ialah membaca harus meliputi aspek pengenalan huruf, mengeja, pemahaman erti kata dan pemahaman mengenai informasi yang tertera dalam bacaan (pemahaman literal). Apabila kemampuan makna sudah matang, maka definisi membaca pula dapat diperluaskan lagi iaitu mencakupi aspek penafsiran dan penelitian kritis terhadap bahan bacaan.
            Membaca juga dapat didefinisikan sebagai  satu tindakan kompleks yang melibatkan serangkaian proses mental.
            Menurut Anderson dan Pearson (1984) pula, membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca (Mahzan Arshad, 2008). Selain itu, membaca juga merupakan proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca.
            Bukan itu sahaja, membaca juga merupakan gabungan beberapa proses yang kompleks iaitu, proses mengamati, mengingat, mendengar dan membezakan bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem kognitif untuk diterjemahkan dan difahamkan (Zulkifley Hamid, 2006).

1 comments :